01 January 2010

Kenangan Suatu Masa Dahulu...

Salam, dah lama tak 'update' blog nih, sejak peristiwa laptop kawan kena kebas hari tu. Sekarang dah dapat ganti, mula-mula tu ganti laptop dan dua tiga hari lepas ganti modem broadband tu pulak. Masih 'telco' yang sama, cuma pakej baru lebih laju dan bayaran bulanan yang lebih rendah.

Okay, cerita tentang kepengakapan pulak, baru-baru ni kawan ada turut serta dalam program Ekspedisi Pengakap Remaja (calon Pengakap Raja peringkat Negeri Selangor) dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. Dalam mengikuti program tu kawan teringat pengalaman membawa PKK SK Klang Gate berbasikal ke Mimaland. Masa tu kawan bertindak sebagai pembantu kepada pemimpin saja. Seingat kawan lebih kurang 20 orang PKK turut serta dalam program tu yang menggunakan pelbagai jenis basikal yang berbeza-beza.


Perjalanan dari sekolah ke Mimaland sejauh 20 km mengambil masa dalam satu setengah jam. Permintaan untuk bantuan polis trafik tidak dapat sepenuhnya, anggota polis hanya ditugaskan semasa berada di simpang yang sesak dengan kenderaan. Kawan masih ingat ketika itu motosikal kawan dijadikan kenderaan untuk mengiringi budak-budak tu sampai ke Mimaland.

Setibanya di sana, beberapa kemahiran pengakap diajarkan : simpulan dan ikatan, memasang khemah, masakan hutan dan juga unjian lencana renang yang dijalankan di kolam renang yang ada di situ. Setelah beberapa jam di sana, satu tugas mencabar yang sama perlu dihadapi iaitu membawa mereka pulang dengan selamat ke sekolah. Lewat petang, baru kami sampai di sekolah. Pelbagai pengalaman yang dilalui, ada basikal yang tayarnya 'pancit' dan beberapa kemalangan kecil disebabkan keadaan basikal yang kurang sempurna.


Mmm, memang dah lama kenangan tu, lebih kurang 20 tahun yang lalu. Beberapa keping gambar yang diambil dalam program tu menjadi nostalgia semasa bersama Kumpulan ke-10 Gombak (pada ketika itu). Sekadar menyebut beberapa orang rakan dalam program tersebut : Karam (Pemimpin), Wak Salihin, Ust Anuar, Cikgu Noorliza dan Azhar Ahmad (kini bersama kawan di 52 husel, menjaga Pengakap Pendidikan Khas).

5 comments:

boycott said...

ni batch aku n aku pg gak mimaland time ni :p, tp akupun tatau yg mana satu aku huhu yg plg kanan skali 2la bob... dah meninggal , Al-Fatihah

boycott said...

:: oh ya lupa nak bgtau aku sorg je yg dpt lencana berenang time ni haha ::

Unknown said...

Asslm , gambar tu pada tahun brp ya ? dah 2000 ke ?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalammualaikum. Saya nak tanya dalam gambar yang terakhir tu. yang tengah2 tu Cikgu Salihin ke? Yang pernah mengajar kat Sek Keb Klang Gate?