Salam pengakap, sudah lama rasanya tak meng'update' blog nih. Mungkin sebab asyik dengan facebook agaknya.Mmm...bercerita tentang facebook nih, kawan memang seronok sangat sebab melalui facebook, kawan dapat bertemu semula dengan anak-anak murid kawan semasa bertugas di SK Klang Gate sejak tahun 1989 sehingga 1
997 yang rata-ratanya adalah ahli pengakap.
Mengimbau kenangan sepanjang berada di SK Klang Gate, memori kawan di'refresh' kembali apabila melihat gambar-gambar foto aktiviti (koleksi budak-budak yang di'upload'kan) kepengakapan yang telah dijalankan oleh pasukaan pengakap yang dipimpin oleh En Kamarudin Ahmad. Banyak yang kawan pelajari daripada beliau, walaupun perwatakan beliau agak serius apabila mula mengenalinya, beliau tidak lokek ilmu dalam menguruskan kumpulan pengakap.

Selain daripada program ke Taman Negara Pahang dan berbasikal ke Mimaland yang pernah kawan ceritakan sebelum ini, pasukan pengakap
SK Klang gate juga pernah membuat lawatan ke Pulau Langkawi dengan menaiki keretapi sehingga ke Alor Setar, perkhemahan di Pulau Pangkor, perkhemahan di Alang Sedayu yang melibatkan aktiviti merunut hutan sehingga ke air terjun Sg Pisang, dan sebagainya. Semua aktiviti dan pengalaman tersebut sangat memberi makna dan pengalama
n yang berguna kepada kawan. Sekali lagi terima kasih En Kamarudin Ahmad.
Kawan memang teringin nak sangat nak berjumpa beliau dan mengimbau kembali pengalaman-pengalaman berpengakap bersama beliau, dan mungkin mendapatkan beberapa gambar foto yang dapat mengembalikan kenangan manis bersama pasukan Pengakap Kumpulan Ke-10 Gombak, SK Klang Gate. ...(apa perkhabaran pasukan pengakap sk klang pada masa kini agaknya....)
Selain daripada program ke Taman Negara Pahang dan berbasikal ke Mimaland yang pernah kawan ceritakan sebelum ini, pasukan pengakap
Kawan memang teringin nak sangat nak berjumpa beliau dan mengimbau kembali pengalaman-pengalaman berpengakap bersama beliau, dan mungkin mendapatkan beberapa gambar foto yang dapat mengembalikan kenangan manis bersama pasukan Pengakap Kumpulan Ke-10 Gombak, SK Klang Gate. ...(apa perkhabaran pasukan pengakap sk klang pada masa kini agaknya....)
5 comments:
SK Klang Gate sudah tidak seperti dulu...sy merupakan bekas pelajar SK Klang Gate..sewaktu zaman saya, ahli kumpulan Pengakap sudah tidak seperti tuan dulu. Sudah kurang. Pelajarnya pun berkurangan.
saya bekas pelajar SK Klang Gate dr tahun 1984-1988. Sekarang mengajar di SK Jelapang Jaya, Ipoh, Perak.
bekas pelajar tahun 1986-1991
ada dalam semua gambar di atas
Saya ada dalam gamba ke 2. Sy batch 1986 - 1991. Team pengakap dengan cikgu kamaruddin, team badminton dengan cikgu kamaruddin, bola baling dengan ustad omar. 😁
Post a Comment