Salam pengakap...minggu lepas (30hb Mac) kawan telah menghadiri mesyuarat PLD husel di Kuala Kubu Bharu. Mesyuarat tersebut diadakan khas bagi membincangkan dua aktiviti pengakap daerah iaitu; lencana berbasikal dan lencana pengembara. Banyak perkara yang dibincangkan dari aspek pengagehan tugas sehinggalah soal kewangan. Hmm...ni yang payah sikit, sebenarnya memang ppm daerah tidak mempunyai sumber pendapatan sela
in daripada yuran ahli. Tahun ini, semua pembayaran adalah melalui 'on-line', tak tahu bila wang peruntukan mengikut agehan yang ditetapkan masuk ke akaun ppm daerah. Jadi nampak gayanya kawan dan setuausaha terpaksa buat 'roadshow' nak minta sumbangan daripada individu-individu mahupun syarikat-syarikat tertentu.

Di akhir mensyuarat tu, dalam agenda lain-lain hal, tiba-tiba tuan DC membincangkan isu blog pengakap (kumpulan @ individu) yang tidak dibenarkan penerbitannya. Tuan DC dengan selamba berkata..." sekarang ni Bendahari Kehormat sedang dalam proses dan menaik taraf blog kumpulan 52husel,...menjadi blog ppm daerah". Tambah tuan DC, "lagipun banyak aktiviti daerah tahun lepas yang terpapar dalam blog 52husel...". Pergh...,terkedu seketika kawan mendengar kenyataan tu. Kawan sebenar sayangkan blog 52husel tu, sebab dalam ppm daerah 52husel merupakan kumpulan pertama menerbitkan blog pengakap. Tapi kawan diam je, sebab memikirkan tugas ADC yang sewajarnya membina blog ppm daerah, tak molek rasanya kawan 'overlap' tugas orang lain.
Berbalik kepada tanggungjawab terhadap kemajuan ahli-ahli 52husel, minggu ini (4 hb April) kawan buat 'backwood cooking' sebab sekolah tak ada program pada hari Sabtu. Setiap hari Sabtu yang 'free' program sekolah kawan adakan perjumpaan dan aktiviti pengakap. Kalau mengikut jadual yang ditetapkan untuk pasukan pakaian seragam (Rabu, setiap selang 2 minggu) sudah tentu skema untuk lencana budak-budak tu tak dapat dilengkapkan. Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang dirancang, menu masakan hutan; nasi dalam buluh, ikan dan ayam panggang berjaya disiapkan. Dalam aktiviti tu kawan jemput lima orang Pandu Puteri turut supaya mereka dapat menyampaikan pengalaman tersebut dalam pasukan mereka kelak. Meman
No comments:
Post a Comment