Salam pengakap, Minggu lepas 18 April (Sabtu) sempat buat aktiviti untuk ahli tingkatan 1. Buat aktiviti menghidupkan api dan roti lilit. Seramai 30 orang ahli hadir untuk aktiviti tersebut bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Kawan seperti biasa kena jadi 'baby sitter' sebab isteri pergi kuliah, jadi kawan bawa lah dua orang anak perempuan kawan tu, dan dua orang lagi anak lelaki tinggal di rumah. Okay juga lah aktiviti hari itu sebab ahli pengakap tingkatan 2 datang menolong kawan mengajar budak-budak tingkatan 1 tu.
Dalam minggu tu juga, kawan sempat menguruskan kontinjen husel untuk menyertai perhimpunan 100 tahun PPM di Stadium Negara pada 25 April. Kawan menguruskan pengangkutan, dan juga permohonan lawatan daripada PPD. Kalau difikirkan kerja-kerja tu memanglah remah, tapi 'niat' kawan dan memberi peluang kepada budak-budak tu merasai pengalaman bersama-sama 6 ribu ahli pengakap daripada seluruh negara dalam majlis yang gilang-gemilang tersebut.
Dalam kesibukan tu, minggu lepas kawan ada menerima tawaran menghadiri temuduga biasiswa HLP Kementerian Pendidkan. Semasa sedang sibuk mencari-cari dokumen 'borang pengisytiharan harta', datang budak-budak pengakap yang terlibat dalam aktiviti berbasikal untuk menghantar borang.

No comments:
Post a Comment