Makan malam ditangguhkan selepas Isyak sebab urusan memasak agak lewat dimulakan. Menu malam itu nasi putih, masak lemak ayam, ikan masin dan sayur kangkung. Selepas makan jam 9.30 malam ceramah berkaitan sejarah Pengakap dan Pandu Puteri, behenti seketika untuk minum malam dan seterusnya aktiviti LDK yang berkisar kepada persetiaan, undang-undang dan rukun negara. Aktiviti berjalan seperti yang dirancang tetapi sengaja dilewatkan waktu tidur sehingga peserta betul-betul mengantuk.
Petang jam 3.00 aktiviti 'backwood cooking' dijalankan walaupun ketika itu hujan. 'Venue' aktiviti dialih ke bawah tempat letak kereta berbumbung di blok Lekiu. Okay juga aktiviti tu, buat roti lilit dan masak telur dalam kentang saja sebab buat masakan rimba yang asas saja. Daripada reaksi Pandu Puteri mereka nampak seronok maklum lah kali pertama menyertai aktiviti seperti itu walaupun semasa aktiviti tersebut berlangsung hujan lebat dan tiupan angin telah meruntuhkan beberapa buah khemah.
Malam aktiviti kerohanian, penceramah jemputan mengambil tugas kerohanian bermula solat Maghrib, kuliah, dan solat Isyak. Selepas makan malam, para peserta diajar simpulan dan ikatan, juga simpulan yang asas seperti buku sila, bunga keti, dan simpul manuk. Selepas minum malam, aktiviti ditangguhkan untuk memberi ruang kepada para peserta yang khemahnya basah berpindah tempat penginapan; peserta perempuan ke surau manakala lelaki ke dewan.Selepas tamat majlis penutupan, dan istiadat menurunkan bendera, sesi bergambar dijalankan sebagai dokumentasi dan memoribilia. Bagi kawan, walaupun agak penat meguruskan perkhemahan, rasa puas hati apabila aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan selamat dan mencapai matlamatnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat; guru-guru pemimpin Pengakap dan Pandu Puteri, dan yang paling penting 'helpers' yang berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

